Assalammualaikum

Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Monday, October 19, 2015


VITAMIN SINTETIK vs VITAMIN SEMULAJADI


Ramai juga yang makin sedar tentang keperluan untuk ambil vitamin sebagai makanan tambahan. Tetapi, mungkin masih belum ramai yang tahu tentang perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.
Secara ringkasnya, vitamin semulajadi adalah vitamin yang diekstrak dari sumber semulajadi. Manakala vitamin sintetik pula dibuat daripada tindak balas kimia. Sebagai contoh, vitamin C sintetik dihasilkan melalui gabungan bahan-bahan yang mengandungi karbon, oksigen, dan hidrogen dan digabungkan sehingga membentuk bahan yang mempunyai formula C6H8O6.
Perbezaan paling ketara antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi adalah dari segi harganya. Oleh kerana kos untuk menghasilkan vitamin adalah tinggi bagi memastikan keasliannya, maka harga vitamin semulajadi adalah lebih mahal. Jika dibandingkan pada harga sahaja, mestilah ramai yang akan memilih untuk membeli vitamin sintetik. Tapi nanti sia-sia sahajalah kita makan vitamin hari-hari tapi tak dapat kesan yang diinginkan.
Mengapa Pilih Semulajadi?
  • Enzim yang terkandung di dalam bahan semulajadi tidak mengalami perubahan melampau hasil pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  • Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang boleh menghalang penyerapan nutrien
  • Penyediaan bahan mentah adalah dari sumber semulajadi yang berkualiti
  • Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • Semulajadi adalah bio-kedapatan dan mampu disimpan di dalam tisu badan dengan lebih lama berbanding sintetik
  • Semulajadi lebih mudah untuk ditukar oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya
Mengapa Perlu Elak Sintetik?
  • Tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh tubuh badan – struktur enzim badan manusia adalah untuk semulajadi dan bukannya yang dihasilakn di dalam makmal
  • Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik adalah seumpama memadankan tangan kanan dengan sarung tangan kiri
  • Semulajadi adalah lebih aktif dari aspek biologi berbanding sintetik – 42% lebih berkesan dari sintetik. Oleh itu, anda akan dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi
Bagaimana untuk Membezakan Vitamin Semulajadi atau Sintetik?
  • Perbezaan boleh dibuat melalui pembacaan label. Vitamin semulajadi dilabel “D” manakala sintetik dilabel “I”
  • Melalui perkataan ko-faktor seperti “bioflavanoids” atau “biodegradable”
  • Melalui kehadiran SILICA GEL di dalam bekas pembungkusan bagi vitamin sintetik
Secara kesimpulannya, anda tidak perlu merasa was-was apabila membeli dan menggunakan suplemen dari Shaklee kerana ianya adalah 100% semulajadi dan selamat.

Friday, October 16, 2015

HEBATNYA OSTEMATRIX

Time menyusu ni mmg perlu Ostematrix iaitu kalsium yg bagus tuk saya dan anak..
Saya pastikan kami seisi keluarga mengambil osteomatrik tuk keperluan harian....

🆗Baby jd lawas
🆗Saya pon lawas
🆗Kurang kan simptom PMS
🆗Kurangkan sakit belakang
🆗Bantu banyakkan susu
🆗Mengimbangi paras kalsium ketika haid
🆗Kurangkan masalah gastrik 
🆗Tiada lagi sakit dan gusi berdarah
🆗Tiada lagi kaki kejang
🆗Kurangkan lenguh dan sengal badan
🆗Kurangkan kesakitan Migrain
🆗Tulang baby jadi kuat dan tiada masalah gigi rapuh
🆗Menyediakan kalsium yg berkualiti tinggi untuk anak
🆗Elak sakit tulang rapuh atau osteoperosis dikalangan wanita.


JaNgan paNdang enteng deNgaN pengambilaN kaLsium bagi oraNg dewasa dan umur pertengahan kerana pada waktu usia ini kita akan banyak kehilangan kalsium dalam badan.

Antara salah satu punca kehilangan kalsium ialah kerap minum air berkafein.Dalam badan kita kalsium menyumbang lebih 21.5% dalam pertumbuhan kulit,kuku,rambut dan juga otot.


OSTEMATRIX WAJIB UNTUK WANITA HAMIL

Terutama bagi wanita hamil amat memerlukan kuantiti kualsium lebih daripada biasa.
Tau tak pasai pa nurse dok membebel kat kita suh minum susu atau amik kalsium waktu hamil...
Pasal kita bila hamil keperluan kalsium amat tinggi tuk pembesaran dan pertumbuhan tulang dan gigi bayi...

Bayi akan dok serap semua kalsium dalam badan kita..yg susah nanti kitalahhhh...sakit gigi la,gigi rapuh la,badan sakit,lenguh tulang,sendi sakit,kebas,kejang dan macam2 lagi...

Sbb tu saya amik kalsium lebih drp biasa...
Supaya lawas membuang dan elak kejang otot dan ia berkesan dan selamat.


APABILA BADAN KEKURANGAN KALSIUM

Memang jadi masalah jika kita kekurangan kalsium...paling ketara berlaku ialah kerapuhan tulang,kejang otot.dan sakit sendi.

Biasa berlaku pada orang dewasa dan umur pertengahan....sebab itu kita perlu mengambil kalsium dengan kuantiti sekitar 1000-1200mg sebagai keperluan harian kita...

Ostematrix sesuai tuk mereka yang pengambilan kekurangan kalsium yang mana x leh minum susu atau x gemar minum susu maka ostematrix memudahkan pengambilan kita.

Berikut adalah jika kita kekurangan KALSIUM dalam badan:-


Di bAwah ini adaLah testimoni mereka dah berpuashati mengconsume Ostematrik.




Boleh call/ Whatsapp saya Untuk konsultasi atau order di 01117999150 Shaklee ID 1195700.

Wednesday, October 14, 2015

TIP MINUM AIR KOSONG DENGAN BANYAK DAN BETUL.



Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan.

Sering-kali tedengar keluhan seperti :

“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”
“Nanti perut kembung dengan air masak aje.”

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?

InsyaAllah, hari ini saya kongsikan cara pengambilan air supaya penggunaan air dalam badan digunakan secara optimum.

1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.

2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.

3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.

4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.

5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.

6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.

7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.

8. Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.

9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.

10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.
CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN


Adakah anda seorang yang susah nak kawal makan? jom ketahui Cara Mengawal Nafsu Makan di sini..

Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu dengan lebih berkesan?

Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk membantu dalam pengawalan nafsu makan.

Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut: 

1. Minum air putih dengan lebih banyak
Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2. Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3. Jangan lambat bersarapan!


Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4. Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6. Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

Friday, October 9, 2015

APA BEZA ALFALFA SHAKLEE DENGAN JENAMA LAIN???



Ia adalah Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950 an.

Ia ditanam secara organik di California yang bebas pestisid,herbasid dan menggunakan bagan kompos/ baja bebas kimia.

Daun Alfalfa yang dituai dari Shaklee hanya apabila mencapai tahap kematangan mutlak kerana ia kaya dengan klorofil.

Daum dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung dalam nya.

Then daun yang kering dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.

Keseluruhan proses dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sgt ketat dan teliti.Setiap tablet mempunyai 300mg alfalfa.

KEBAIKAN ALFALFA UNTUK IBU LEPAS BERSALIN

Alfalfa Shaklee sangat sesuai untuk diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Ibu yang baru melahirkan anak memerlukan penjagaan dan rawatan rapi semasa dalam tempoh berpantang. Ini bagi menjamin tahap kesihatan ibu terjaga dengan baik.

Alfalfa Shaklee bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu badan sepenuhnya. Ini kerana suplemen Alfalfa bertindak sebagai ‘milk-booster’. Ianya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun begitu, konsep asas penyusuan iaitu konsep ‘supply and demand’ perlu diaamalkan. Ibu juga perlu mengambil jumlah air yang banyak setiap hari serta memakan makanan yang berkhasiat.



Selain dari menggalakkan pengeluaran susu ibu, alfalfa juga dapat membantu ibu selepas bersalin dengan menghilangkan kelesuan dan tekanan. Kita sedia maklum bahawa badan si ibu telah bekerja keras sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa proses bersalin. Jadi, badan si ibu berada dalam keadaan lemah selepas bersalin dan memerlukan rehat yang cukup untuk kembali cergas. Ibu bersalin ini juga mudah untuk terkena ‘meroyan’ jika terlalu tertekan. Jadi pengambilan alfalfa dapat membantu untuk mengatasai masalah ini.

Kebaikan Alfalfa Shaklee yang lain adalah dapat membantu melegakan masalah sembelit. Kebanyakan ibu berpantang mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Ramai yang takut untuk ‘meneran’ kerana masih trauma dengan proses bersalin. Dengan pengambilan Alfalfa, ibu-ibu sudah tidak perlu takut lagi dengan masalah sembelit selepas bersalin ini.

Kelebihan Alfalfa Shaklee yang boleh membuatkan si ibu dan si suami juga (hehe) tersenyum ceria adalah keranaalfalfa bertindak seperti kacip fatimah. Selain dapat merawat organ sistem reproduksi, ianya juga boleh membesar dan menegangkan payudara. Alfalfa juga membantu untuk merawat masalah keputihan.

Dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada Alfalfa Shaklee ini, maka ianya memang amat sesuai untuk diamalkan oleh para ibu selepas bersalin.Tetapi, ada panduan dalam cara pengambilannya. Disebabkan alfafa ini adalah tumbuhan herba, maka ibu perlu berhati-hati dalam mengambilnya. Jangan ambil alfalfa ini jika bayi ada demam kuning. Bila demam kuning bayi sudah hilang, barulah ibu mula mengambil suplemen ini. Tetapi harus dimulakan dengan dos yang kecil dahulu, dan lihat reaksi bayi samaada OK atau tidak.

Friday, October 2, 2015

SAYA PENGEDAR SHAKLEE YANG BAIK HATI


Saya selalu dengar ada di kalangan kawan kawan yang kata , nak makan suplemen shaklee tapi malas nak order online...nak cari stokis di kawasan sekitar Melaka tapi tak jumpa..Untuk pengetahuan semua, Shaklee tidak membuka pusat jualan di setiap daerah dalam Malaysia ni.Shaklee hanya menyediakan cawangan sahaja.So di Melaka tidak ada cawangan Shaklee. Paling dekat dengan Melaka ialah di Bandar Sunway..Selangor



Jadi anda tidak akan menjumpai stokis atau kedai Shaklee selain dari cawangan yang pihak Shaklee sediakan.Oleh itu kami sebagai pengedarlah yang memudahkan anda untuk mendapatkan stok barangan Shaklee.



Saya mempunyai stok barangan Shaklee di rumah.Anda boleh mendapatkan segera barangan daripada saya tanpa harus menunggu lama dan menjimatkan wang pos anda.




Okey kengkawan kalau rasa susah nak dapatkan stok barangan shaklee..Saya adalah pengedar SHAKLEE kawasan Durian Tunggal,Bandar Jasin,Bandar Alor Gajah dan sekitar Bandar Melaka yang berhampiran.Boleh hantar sehingga ke pintu rumah anda.Selain dari kawasan itu saya boleh menghantar melalui pos melalui POS LAJU dan courier seperti CityLink dan Gdex.