SENAMAN MUKA UNTUK KURUSKAN PIPI
Hari ni nak share senaman atau pergerakan yg membantu tuk kecikkan pipi yg tembam @ chubby....Tahukah anda dengan senyum boleh membantu?
1.Senyum
Cuba amalkan cara yg mudah ni kerana ia menggerakkan otot pipi.Amalkan setiap hari.
2.Senaman pipi
Mulakan dgn meletakkan 3 atau 4 jari pd pipi dan pd ms yg sama cuba senyum.Lakukan sbyk 10-25 kali ulangan.
3.Muncungkan bibir
Cuba muncungkan bibir dan gerakkan bibir ke kiri dan kekanan tanpa mengerakkan muka.
4.Sedutan mulut ikan
Cuba sedut dan tarik pipi ke gigi dan lepas.Lakukan sebanyak 20 kali tuk 4-5 set
5.Gula2 getah
Kunyah gula2 getah tanpa gula selama 20 minit.Ia nembantu membina otot pipi.
6.Kembong
Tutup mulut dan kembongkan pipi.Ulang 20 kali tuk 4-5 set.
7.Senaman O
Buka mulut seluasnya.Gerakkan bibir ke depan berbentuk O seolah hendak bersiul.Kembali kepada asal.Ulang sbyk 20 kali dalam 4-5 set.
Ni adalah contoh senaman muka tuk dipraktikkan...slmt mencuba
No comments:
Post a Comment