CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN
Adakah anda seorang yang susah nak kawal makan? jom ketahui Cara Mengawal Nafsu Makan di sini..
Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.
Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu dengan lebih berkesan?
Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk membantu dalam pengawalan nafsu makan.
Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut:
1. Minum air putih dengan lebih banyak
Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.
Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.
2. Bersenam
Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!
3. Jangan lambat bersarapan!
Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.
4. Pengambilan protein ketika sarapan
Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
5. Pengambilan teh
Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.
6. Makan dengan teratur
Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.
Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Wednesday, October 14, 2015
Friday, October 9, 2015
APA BEZA ALFALFA SHAKLEE DENGAN JENAMA LAIN???
Ia adalah Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950 an.
Ia ditanam secara organik di California yang bebas pestisid,herbasid dan menggunakan bagan kompos/ baja bebas kimia.
Daun Alfalfa yang dituai dari Shaklee hanya apabila mencapai tahap kematangan mutlak kerana ia kaya dengan klorofil.
Daum dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung dalam nya.
Then daun yang kering dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
Keseluruhan proses dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sgt ketat dan teliti.Setiap tablet mempunyai 300mg alfalfa.
KEBAIKAN ALFALFA UNTUK IBU LEPAS BERSALIN
Alfalfa Shaklee sangat sesuai untuk diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Ibu yang baru melahirkan anak memerlukan penjagaan dan rawatan rapi semasa dalam tempoh berpantang. Ini bagi menjamin tahap kesihatan ibu terjaga dengan baik.
Alfalfa Shaklee bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu badan sepenuhnya. Ini kerana suplemen Alfalfa bertindak sebagai ‘milk-booster’. Ianya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun begitu, konsep asas penyusuan iaitu konsep ‘supply and demand’ perlu diaamalkan. Ibu juga perlu mengambil jumlah air yang banyak setiap hari serta memakan makanan yang berkhasiat.
Selain dari menggalakkan pengeluaran susu ibu, alfalfa juga dapat membantu ibu selepas bersalin dengan menghilangkan kelesuan dan tekanan. Kita sedia maklum bahawa badan si ibu telah bekerja keras sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa proses bersalin. Jadi, badan si ibu berada dalam keadaan lemah selepas bersalin dan memerlukan rehat yang cukup untuk kembali cergas. Ibu bersalin ini juga mudah untuk terkena ‘meroyan’ jika terlalu tertekan. Jadi pengambilan alfalfa dapat membantu untuk mengatasai masalah ini.
Kebaikan Alfalfa Shaklee yang lain adalah dapat membantu melegakan masalah sembelit. Kebanyakan ibu berpantang mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Ramai yang takut untuk ‘meneran’ kerana masih trauma dengan proses bersalin. Dengan pengambilan Alfalfa, ibu-ibu sudah tidak perlu takut lagi dengan masalah sembelit selepas bersalin ini.
Kelebihan Alfalfa Shaklee yang boleh membuatkan si ibu dan si suami juga (hehe) tersenyum ceria adalah keranaalfalfa bertindak seperti kacip fatimah. Selain dapat merawat organ sistem reproduksi, ianya juga boleh membesar dan menegangkan payudara. Alfalfa juga membantu untuk merawat masalah keputihan.
Dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada Alfalfa Shaklee ini, maka ianya memang amat sesuai untuk diamalkan oleh para ibu selepas bersalin.Tetapi, ada panduan dalam cara pengambilannya. Disebabkan alfafa ini adalah tumbuhan herba, maka ibu perlu berhati-hati dalam mengambilnya. Jangan ambil alfalfa ini jika bayi ada demam kuning. Bila demam kuning bayi sudah hilang, barulah ibu mula mengambil suplemen ini. Tetapi harus dimulakan dengan dos yang kecil dahulu, dan lihat reaksi bayi samaada OK atau tidak.
Friday, October 2, 2015
SAYA PENGEDAR SHAKLEE YANG BAIK HATI
Saya selalu dengar ada di kalangan kawan kawan yang kata , nak makan suplemen shaklee tapi malas nak order online...nak cari stokis di kawasan sekitar Melaka tapi tak jumpa..Untuk pengetahuan semua, Shaklee tidak membuka pusat jualan di setiap daerah dalam Malaysia ni.Shaklee hanya menyediakan cawangan sahaja.So di Melaka tidak ada cawangan Shaklee. Paling dekat dengan Melaka ialah di Bandar Sunway..Selangor
Jadi anda tidak akan menjumpai stokis atau kedai Shaklee selain dari cawangan yang pihak Shaklee sediakan.Oleh itu kami sebagai pengedarlah yang memudahkan anda untuk mendapatkan stok barangan Shaklee.
Saya mempunyai stok barangan Shaklee di rumah.Anda boleh mendapatkan segera barangan daripada saya tanpa harus menunggu lama dan menjimatkan wang pos anda.
Okey kengkawan kalau rasa susah nak dapatkan stok barangan shaklee..Saya adalah pengedar SHAKLEE kawasan Durian Tunggal,Bandar Jasin,Bandar Alor Gajah dan sekitar Bandar Melaka yang berhampiran.Boleh hantar sehingga ke pintu rumah anda.Selain dari kawasan itu saya boleh menghantar melalui pos melalui POS LAJU dan courier seperti CityLink dan Gdex.
Wednesday, September 23, 2015
SENAMAN MUKA UNTUK KURUSKAN PIPI
Hari ni nak share senaman atau pergerakan yg membantu tuk kecikkan pipi yg tembam @ chubby....Tahukah anda dengan senyum boleh membantu?
1.Senyum
Cuba amalkan cara yg mudah ni kerana ia menggerakkan otot pipi.Amalkan setiap hari.
2.Senaman pipi
Mulakan dgn meletakkan 3 atau 4 jari pd pipi dan pd ms yg sama cuba senyum.Lakukan sbyk 10-25 kali ulangan.
3.Muncungkan bibir
Cuba muncungkan bibir dan gerakkan bibir ke kiri dan kekanan tanpa mengerakkan muka.
4.Sedutan mulut ikan
Cuba sedut dan tarik pipi ke gigi dan lepas.Lakukan sebanyak 20 kali tuk 4-5 set
5.Gula2 getah
Kunyah gula2 getah tanpa gula selama 20 minit.Ia nembantu membina otot pipi.
6.Kembong
Tutup mulut dan kembongkan pipi.Ulang 20 kali tuk 4-5 set.
7.Senaman O
Buka mulut seluasnya.Gerakkan bibir ke depan berbentuk O seolah hendak bersiul.Kembali kepada asal.Ulang sbyk 20 kali dalam 4-5 set.
Ni adalah contoh senaman muka tuk dipraktikkan...slmt mencuba
Sunday, September 20, 2015
PERASAN TAK???
UBAT TAHAN SAKIT DAN KESAN BURUKNYA....
Kalo kita sakit...pi klinik doktor mesti bagi keluarga antibiotik dan keluarga ubat tahan sakit....yang pasti mereka takkan bg ubat yg sumber natural atau semulajadi kan...
Ubat2 tu adalah ubat berasal dari formula kimia sintetik dan pasti nya banyak kesan sampingan.
Contoh ubat tahan sakit sintetik :
đź’ŠParacetamol
đź’ŠAspirin,Salicylamide & Benorylate
đź’ŠPhenylbutazone & Oxyphenbutazone
đź’ŠIbuprofen,Nephoxen,Ketoprofen,
Fenoprofen,Flubiprofen.
đź’ŠPonstan
(Mephenamic acid) ,Enfanamic acid
đź’ŠDiclofenac Sodium,Tolmetin
đź’ŠPiroxicam,Tenoxicam
đź’ŠKetorolac
đź’ŠMetamizol,Propiphenazone
đź’ŠNefopam
Kesan sampingan pengambilan ubat tahan sakit sintetik:
⏳Merosakkan permukaan dalaman perut dan usus yang menyebabkan pengeluaran najis hitam berkilat ~ tanda hitam kerana ada pendarahan berlaku.
⏳Muntah,loya,senak ulu hati dan pendarahan usus.
⏳Rashes atau ruam
⏳Bengkak salur darah ~ angio edema
⏳Lelah
⏳Tindakan alahaN teruk
⏳Pening , telinga berdesing , kepala pusing dan penglihatan kabur
⏳Keliru dan tak keruan
⏳Merencatkan kebolehaN badan melawan penyakit Secara semulajadi
⏳Meleleh Air hidung ~ rhinorhea
Jadi kita kena berhati-hati dalam pengambilan ubat- ubatan atau bertukar kepada cara yang semulajadi.
Pastikan anda tahu ubat ape yang diberikan dan tahu kesan pengambilannya.
#pakarnutrisianda_siti
#yourtrustedsid_siti
#siti01117999150
Tuesday, September 15, 2015
MASIH ADA SUSU BADAN KE???
Produk pertama saya cuba dlm Shaklee ni ialah Alfafa dan Vitamin C.Banyak kesan yang positif yg saya rasa sejak.comsume Shaklee.Niat asal.try Shaklee tuk tambah susu badan yg tak seberapa ni.
Pam susu ke perah susu ke hanya dapat 1-2 oz je.Ada try gak petua orang tua2 suh makan sawi dan lobak putih...pin tak berap nak banyak...
Pendekkan cite dok tengak fb kawan aneng hitchies ( nama fb dia lah) jual Shaklee teringin gak order sekali join ahli..niat dihati nak dapatkan diskaun makan sendiri je...sekali terjebak plak dalam Shaklee biz...hehehehe alang2 makan sendiri boleh tambah side income sbb saya dh berenti kerja sebelum dapat tahu saya mengandung.
Next month Amirah masuk umur 2 tahun..Alhamdulillah dia tiada masalah kesihatan...saya ingin melihat keluarga saya sihat dan ceria.aya consume Alfalfa dalam masa 3 hari susu badan bertambah banyak..lega rasanya dapat bf baby.Walaupon ada susu formula standby tapi baby Amirah tak mau hisap botol...lagi saya jad runsing.Syukur dapat bertemu Shaklee dengan izin Allah
Baby Amirah gembira dapat menyusu..yeaayyy.Itulah pengalaman saya dapat susukan Amirah sehingga sekarang.Next month Amirah berumur 2 tahun.Tercapai impian saya nak susukan Amirah sampai dia umur 2 tahun.Alhamdulillah.
![]() |
| Siti Aisyah Amirah brumur seharI |
| Sekarang berumur 1 thn 11 bulan |
Kemudian saya oder ESP tuk pekatkan susu.Susu banyak tapi cair skit so bila consume ESP maka susu jadi pekat.Amirah kenyang dan dapat tidur lena walaupon waktu malam dia jarang berjaga.
ESP sememangnya kaya dengan protein daripada Soya NON GMO iaitu tidak diubahsuai genetiknya...Nanti saya cite lebih detail psl ESP kat entri seterusnya....
![]() |
| Kombinasi ESP dan Alfalfa tuk mendapatkan susu yang banyak dan pekat. |
VITAMIN C pula saya amik sekali ngan ALFALFA selepas pantang...supaya luka dalaman operate cepat sembuh...Alhamdulillah dah takde sakit2 nyeri lagi kat area dalam tempat yang kena operate tu..
Bukan tu je...kulit jadi cerah licin dan lembut...muka yg dulu byk bintik2 hitam dan jeragat pon nmpk kurang...dulu dayang senandung sekarang jd snow white hehehehe..
Terima kasih Shaklee membuatkan saya bertambah sihat dan cantik walaupon selepas bersalin..
Terima kasih Shaklee membuatkan saya bertambah sihat dan cantik walaupon selepas bersalin..
Subscribe to:
Posts (Atom)





