Assalammualaikum

Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Monday, March 12, 2018

Adalah diramalkan bahawa seorang dalam lima orang dewasa akan menghidap kencing manis menjelang tahun 2020, masa yang tidak berapa lama dari sekarang. Jika pengambilan gula tidak dikawal, ianya akan mendatangkan bukan sahaja kencing manis malah lebih banyak penyakit yang akan menyukarkan hidup kita kelak.
Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan?
Mulakan dengan tujuh langkah ini! 

1. KURANGKAN PENGAMBILAN NASI

Nasi sememangnya makanan ruji. Tanpa nasi, hidup ini bagaikan tidak lengkap. Bagi penggemar nasi yang tegar, cadangan ini mungkin radikal tapi apa salahnya mencuba demi kesihatan yang lebih baik.
Bukan salah untuk menikmati nasi tapi jumlahnya perlulah terkawal. Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah.
Cuba kurangkan pengambilan nasi hanya sekali sehari dengan jumlah yang sedikit iaitu segenggam tangan anda. Elakkan makan nasi pada waktu malam. Apabila anda lebih selesa dengan jumlah nasi yang dimakan, anda boleh menggantikan nasi selang sehari dengan roti mil penuh, pasta mil penuh atau capati. 

2. BERHENTI MINUM AIR BERKARBONAT

Terdapat lima sudu teh gula dalam satu hidangan air berkarbonatsedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan hanya enam sudu teh atau 25 gram gula sahaja yang patut diambil seorang individu dalam sehari. Kandungan gula yang tersorok dalam minuman berkarbonat amat tinggi dan ianya langsung tidak menyumbang kebaikan kepada kesihatan anda. Perkara yang terbaik dalam hal ini ialah dengan berhenti minum air berkarbonat sama sekali dan menggantikannya dengan air kosong. Namun begitu, bagi sesetengah orang air kosong adalah bosan kerana ianya tiada rasa dan ini selalunya tidak memberi motivasi bagi mereka untuk kerap minum. 
Jika anda tiada keinginan untuk minum air kosong, jangan terus capai air berperisa itu! Gunakan potongan buah-buahan manis untuk menambah perisa air seperti stroberi, beri, epal, kurma dan buah-buahan sitrus seperti lemon, limau nipis, dan oren. Anda juga boleh menggunakan daun pudina untuk rasa yang menyegarkan. Rendam potongan buah pilihan anda di dalam bekas yang diisi air masak atau air suling dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Pokoknya, anda perlu kreatif! 

3. BACA LABEL MAKANAN

Perkara ini paling jarang kita lakukan tapi tidak salah sekiranya kita mula membaca label makanan. Dengan mengetahui berapa jumlah gula di dalam makanan anda, ini dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian mahupun semasa mengawal jumlah makanan yang diambil (portion control). Antara perkataan yang perlu diberikan perhatian contohnya adalah high fructose corn syrup yang amat lazim di dalam botol-botol sos. Kurangkan pengambilan produk makanan yang mempunyai bahan ini kerana kandungan gula tersorok adalah tinggi.  

4. JIKA ADA PENGGANTI YANG LEBIH BAIK, PILIH SI PENGGANTI

Terdapat pelbagai produk di pasaran masa kini yang mampu menjadi pengganti kepada apa yang menjadi kebiasaan kita. Contohnya nasi putih boleh ditukarkan kepada nasi beras perang yang mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi. Roti putih boleh ditukarkan kepada roti mil penuh.
Jika anda penggemar coklat, cuba gantikannya dengan coklat gelap (dark chocolate) yang mempunyai kandungan gula lebih rendah dan antioksidan yang tinggi. Setiap gantian ini mungkin kelihatan seperti sedikit tetapi jika diambil kira kesemuanya ianya adalah satu langkah yang besar dalam mengawal kandungan gula dalam pemakanan anda. 

5. BOSS, TEH ‘O’ KOSONG SATU!

Antara perkara mudah yang boleh diamalkan adalah dengan ‘mengosongkan’ minuman yang dipesan di gerai. Di kedai-kedai makan dan restoran mamak, kosong bermaksud tiada gula. Jika anda mahukan Milo, Nescafe atau Horlicks, jangan lupa perkataan ‘kosong’ di belakang kerana campuran minuman tersebut sudah mengandungi gula. Teh ‘o’ dan kopi ‘o’ juga lebih bagus kerana ianya tidak dicampur dengan susu pekat manis yang tinggi dengan kandungan gula. Anda boleh bermula mengurangkan kemanisan dalam minuman dengan membuat pesanan minuman ‘kurang manis’. Apabila lidah sudah biasa dengan makanan dan minuman yang kurang manis, anda akan lebih selesa meminta minuman yang ‘kosong’ atau tanpa gula. 

6. LEBIHKAN BUAH-BUAHAN

Seronok jika dapat mengunyah sambil menonton TV. Cuba gantikan snek atau coklat dengan buah-buahan. Glukos daripada buah-buahan adalah lebih elok dari manisan buatan (artificial) kerana ianya semulajadi dan senang dirungkai oleh sistem pencernaan. Buah-buahan juga mengandungi serat dan kandungan air. Walaupun ianya lebih bagus daripada manisan buatan, anda harus juga berhati-hati dengan pengambilan buah-buahan kerana ianya masih manis

7. UBAHSUAI RESIPI JIKA PERLU

Jika resipi masakan atau kek yang anda gunakan mengandungi gula yang tinggi, kurangkan saja jumlahnya. Mengurangkan separuh jumlah gula terutama dalam kek atau manisan lain seperti muffindan cupcake tidak akan merosakkan rasa makanan itu. Kuih-muih tradisional yang juga tinggi kandungan gula boleh diubahsuai resipinya mengikut kesesuaian. 
Mudah, bukan? Anda boleh mulakan langkah-langkah ini satu persatu. Lambat laun, ianya akan menjadi kebiasaan. Jika anda dapat melatih deria rasa anda untuk mengurangkan rasa manis, anda akan dapat merasakan pilihan makanan selama ini terlalu manis sebenarnya. Namun begitu, seperti apa jua dalam kehidupan kita, perlu ada kesederhanaan. Jika anda teringinkan sepotong kek atau sebekas bubur cha cha selepas anda berjaya mendisiplinkan diri dalam pemakanan, anda boleh menikmatinya sekali sekala. Jangan lupa minum air kosong yang banyak selepas menikmati manisan anda.
References 
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/11/303070/diabetes-rate-among-pregnant-malaysian-women-almost-10pct-report 
http://nationalgeographic.co.id/berita/2017/11/alasan-mengapa-makan-nasi-putih-bikin-kita-mengantuk 
http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula/ 
https://www.cbsnews.com/news/world-health-organization-lowers-sugar-intake-recommendations/ 
https://www.healthline.com/nutrition/7-health-benefits-dark-chocolate#section1

Sunday, March 11, 2018

ASAL USUL DIABETIS

Jom kita berkenalan dgn diabetes atau kencing manis yang langsung tak manis ni 😑

KencingManis ni adalah metabolic syndrome dsebabkan samada kekurangan insulin atau insulin tidak berfungsi dgn baik

Bila gula dlm badan tinggi > insulin keluar > so insulin ni akan suruh sel ambil gula ni pi proses jadi tenaga

Katakan insulin takde  macam mana sel nak dapatkan tenaga. so badan akan guna bahan selain gula utk hasilkn tenaga

Bila kita hasilkan tenaga dari bukan gula ia akan mnghasilkn waste product yg tak bagus utk badan.

So jadi lambakan gula dalam darah akibat tidak diserap oleh sel..jadi lah kencing manis huhu


TERINGAT KATA2 AYAH...GARA2 MENGIDAM TEH TARIK

SebeLum dapat tahu kena diabetis ayah rasa kerap dahaga sangat..tekak rasa nak minum manis jer

Masa tu tekak ayah nak minum teh tarik siang malam jer...

Ditakdirkan seminggu selepas ity ayah eksiden jatuh sendiri...mujur selamat

Malang nya luka ayah payah nak sembuh dah lebih 1 minggu luka tetap basah...

Lalu hakak hantar ayahke hospital semula sebgai pesakit luar..

Masa tulah ayah di sahkan pesakit diabetis dengan bacaan sehingga 19 😱😱😱

Bermula lah episod ayah mendapat sebeban ubat ubatan dari doktor...

Alhamdulillah luka ayah semakin pulih dan lebih berhati2 elak dari luka especially bahagian kaki.

Sehingga kini ayah masih on ubat dan terbaru mendapat suntikan insulin pula..

Anyway hakak dah stat supply Vivix untuk ayah

Doakan ayah hakak sentiasa sihat dan kembali sembuh daripada penyakit yang tak bape manis ni...amiin


Friday, April 14, 2017

SECRETS TO BEAUTIFUL SKIN (ANTIOKSIDAN)

*Amalkan pemakanan ANTI-OKSIDAN

Seperti kita tahu tentang toksin dan sinaran uv, radikal bebas; anti-oksida ni  mampu repair balik kerosakan pada kulit kita.

Sbb antioksidan ni macam tentera yang akan protect badan kita dari radikal2 bebas

Radikal2 bebas dalam cahaya UV, udara tercemar, radiasi, bahan kimia dalam makanan ni macam zombie.

Tau kan, bila zombie menggila, dia lari2 kejar org dan gigit org tu, org tu tadi pulak jd zombie

So, dia rosakkan membran sel,
DNA sel.

Sampai sel kita rosak teruk.

Risiko jadi sel kanser pulak tu!

Jadi, kita kena ambil makanan yg kaya dgn antioksidan utk neutralise kan balik radikal bebas td

So sel kita selamat dan sihat

Cuba bandingkan org yg bekerja byk bawah chy matahari.

Kerja bendang, ladang, construction.

Rosak tak kulit?

Jadi Sunburn. Mudah dapat breakout

Sebab UV light banyak radikal bebas yg  akan rosakkan kulit

Mana nak dapat antioksidan?
- vit E
- vit C
- Resveratrol

#shakleemelaka
#peloleatanpajerawat
#antioksidanrepairkulit
SECRETS TO BEAUTIFUL SKIN ( DETOX)

*Banyakkan makanan kaya dengan DETOX AGENT*

Tujuan Detox ni adalah untuk cuci usus dan toksin dalam darah.

Bahan toksin yang diserap masuk dalam badan perlu dibuang.
Bila kita detox, badan akan lebih sihat dan kulit cantik.

Makanan detox pastikan organ2 perkumuhan kita berfungsi dengan baik

- Kita ada 5 organ detox:
    hati, usus, buah pinggang, paru2 n kulit

Organ2 ni bfungsi utk buang segala toksin dlm badan kita.

Kalau organ detox tak berfungsi dengan baik, toksin akan berkumpul dalam badan.

So, kulit akan terbeban utk buang toksin tu.

Sbb tu kulit jd kusam, sallow skin (buah pinggang gagal), kulit berjerawat (sembelit)

Rujuk gambar acne face map di bawah 👇

Maksudnya kita akan tau organ mana yg perlu detox kalau jerawat naik kat bahagian tu.

- T-zone: kena optimumkan fungsi organ hati

- pipi/rahang: kena optimumkan fungsi usus

Supplemen shaklee ada 3 agen detox penting.

- DTX complex: optimumkan fungsi organ hati. Perbaharui sel2 hati. Lancarkan aliran hempedu.

- Herblax: lancarkan pergerakan usus. Buang segala toksin yg  terkumpul dlm usus.

- Alfalfa: bantu detox melaui urine. Sebab banyak toksin dlm darah yg ditapis dan dikeluarkan melalui air kencing



#setdetoxshaklee
#setkulitcantik
#pelolestanpajerawat
#shakleemelaka

Thursday, October 20, 2016

Assalammualaikum..

Lama benar bersawang dah blog ni..
Bizi la sesangat dengan si kecil Amirah tu
Makin besar makin petah dan kerenah toksah citer memang macam-macam..

Anyway malam ni free skit
Boleh la dok mengarang skit2
Hahaha

Alhamdulillah skang sihat dan bertambah naik berat gara2 raya Haji aritu..
Sodap bonar omak mertuo den masak rondang so memang berulang makan

Kita ni dah lah elergik rendang...memamg takleh makan banyak memang naik lah berat huhuhu

Anyway dah 30an kena jaga2 gak sebab darah tunggi dan kencing manis mudah hinggap apatah lagi jantung..

Siyes memang scary muda2 dah mati sebab penyakit..memang mudah kena sebab tak jaga makan dan merokok kuat

Actually 2 bulan berturut sebelum ni saya kehilangan 2 orang bapa saudara akibat kanser iaitu pada bulan Ogos dan September akibat kanser usus dan kanser paru-paru.

Memang agak menyedihkan dan saya tak mampu nak tahan air mata..semuanya berlaku dengan sekelip mata je..

Ayah saya yang merupakan adik kepada arwah berdua tu pon kelihatan sedih dan redha akan kehendak Allah.

Tulahhhh...apa yang pasti jagalah kesihatan kita..kita boleh berusaha berikhtiar untuk kembali sihat tetapi kuasa penyembuhan ditangan Allah..

Kebanyakan customer saya mereka juga mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis,gout dan macam2 lagi..

Dan alhamdulillah mereka cuba berikhtiar dengan Shaklee dan sekarang kebanyakan mereka mampu mengawal dan sembuh daripada penyakit yang mereka alami..

So kalo korang nak cuba Shaklee produk hubungi saya di 011-17999150

Saya boleh bertemu mata dengan saya untuk servis konsultasi dan order produk.


Whatsapp 011-17999150
Siti Hardawati
Pengedar Shak Shaklee

#codmelaka
#shakleemelaka
#liveamazing

Wednesday, May 18, 2016

GGLLUUPP❗❗❗ BUNUH DIRI TELAN RACUN SECARA TAK SENGAJA..

Tentang racun yang disembur pada buah dan sayuran..
Kita pun memang selalu je tengok org sembur racun pakai mask kan..tapi tak terpikir pulak bila telan buah/sayur tu kan..

Kalau tahu pun,andaian kita bila dah basuh tu bersih la,CLEAR from bakteria dan racun la kan..haish!! meleset! meleset! huhu

INFO :

BUAH CERI
🍒disembur dengan racun perosak sehingga 7 kali sebelum dieksport

OREN
🍊disembur sekurang-kurangnya 3 kali dengan methyl bromide.

LIMAU
🍊disembur dengan 2,4-D - komponen utama Agent Orange

Apa itu Agent Orange ???

🔆iaitu toksin berbahaya yang digunakan untuk meranggas hutan semasa Perang Vietnam.

Methyl Bromide tu apa pulak kan???

🎆Jika terhidu bahan kimia ini, ia dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan teruk pada paru-paru, buah pinggang dan hati. Dilaporkan kadar kematian yang berkaitannya lebih tinggi berbanding racun perosak lain di California.

Korang bayangkan kita duk telan toksin ni?
Mana tak rosak badan klau telan mentah2 je semua ni?
lepas tu tertanya2 mana datangnya penyakit,walhal dah makan byk buah..huhu sedey!

Sikit-sikit,lama2 jadi penyakit..itulah sometimes kita tak sedar yang perkara yang dianggap remeh bg kita ni rupanya penyumbang besar kepada perkara-perkara besar..


KORANG TAU TAK APE NI???


korang nak tau racun apa yang disembur tuh??
ha..namanya racun thiabendazole

apa kesan dari racun ni?

Ujian ke atas tikus bunting menggunakan bahan kimia ini di Makmal Kesihatan Metropolitan Tokyo mendapati kecacatan pada kaki dan tulang rusuk fetus.

haaa????? Den dahla suka makan Epal...
Huhuhu

So bagi mengambil langkah terbaik ialah merendam buahan dan sayuran tersebut dengan Basic H Concentrated Multipurpose Liquid...


Keluarkan sayur drp peti ais..
Den kalo beli sayur macam nak wat kenduri..hahahaha
Takleh hidup tanpa sayur..

Ingat dulu time dok asrama..
Apa yg makcik asrama masak kak Cun bedal je..

Semua.member tenung je bila kak makan
Nak2 sayur yg dorang tak berkenan nak makan..

Siap tanya "sedap ke"
Sedap la...kalo  tak nak nape licin kak bedal
Hahahahah

Anyway saya rendam dulu sayur2 ni dulu
Sebelum masak pastikan ia bersih drp ulat dan kotoran..

Bila rendam dengan Basic H Liquid ni..
Keluarlah semua kotoran daripada sayur ni..ia juga mencuci daripada racun dan bahan kimia..

Bila dah rendam... sayur yang dimasak menjadi ranggup..beskan gitew...


Then Air Basic H yang dibuat rendaman sayur atau buah jangan dibuang gitew aje..

Sebab ia boleh dijadikan penyubur pokok tanaman tau..pokok lebih subur sebab Basic H ada vitamin dalam tu..lagi natural dan tak bertoksik.

Multipurpose sungguh..
Dah la organik..ikan pon boleh hidup dalam air yang dibancuh dengan Basic H..memang selamat ..

Kalo takde pokok yg nak disiram dengan air rendaman Basic H tu boleh digunakan mop lantai rumah atau cuci bilik air...

Maklumlah kalo dok umah bertingkek2 jarang orang tanam pokok kan...so boleh guna baki rendaman tu cuci rumah..lap almari..mop tempat laluan semut atau lipas.

Konfirm depa tak mai dah..semut pon tak lalu..at least berkuranglah serangga perosak dalam rumah kita..

Kegunaan lain2 Basic H banyak sanagat antaranya ialah:


Pe lagi..memang 1001 kegunaan Basic H ni
Top produk dalam Shaklee...Oklah..den pi merendam sayur yang lain pulak...okbai..

Hubungi free konsultasi
📱011-17999150