Assalammualaikum

Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Friday, October 23, 2015

HEBATNYA LECITHIN

Tahukah anda tentang LECITHIN?

Lecithin ditemukan pertama kali pada tahun 1805 oleh seorang ahli akademik Perancis Maurice Gobley. Lecithin adalah substansi sejenis lemak yang dinamakan phospholipid (FAT). Zat ini setiap hari diproduksi oleh hati ketika semua zat nutrien terpenuhi.

Lecithin diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh dan merupakan komponen utama pembentukan membran sel yang berfungsi untuk mengatur nutrisi keluar masuk sel. Tanpa lecithin pembentukan membran sel akan mengalami kesulitan. Lecithin tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita akan tetapi lecithin boleh didapatkan melalui makanan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina di Chapel Hill dan University of Duke antara sumber makanan untuk lecithin adalah kuning telur, kacang soya dan jagung. Namun sumber lecithin yang terbaik adalah dari kacang soya kerana kacang soya bebas dari kolesterol dan merupakan sumber utama kolina.



Manfaat Lecithin:

1.  Untuk Kuruskan badan

Lecithin bertindak seperti ’PEMECAH LEMAK (fat emulsifier). Membantu dalam proses pemecahan lemak dengan lebih cepat.
Meningkatkan tahap METABOLISME badan.
Lecithin juga membantu anda menghilangkan SELULIT.

2. Untuk individu yang mempunyai paras Kolesterol Tinggi

Merendahkan paras LDL, iaitu kolesterol jahat dan triglycerides.
Meningkatkan paras HDL, iaitu kolesterol baik.
Membantu dalam proses penyembuhan pesakit yang mempunyai bacaan kolesterol tinggi.

3. Untuk organ tubuh badan

Meningkatkan fungsi OTAK ~ kolina adalah sangat penting dalam menguatkan daya ingatan terutamanya di kalangan warga emas. Lecithin juga digunakan untuk merawat penyakit berkaitan gangguan ingatan seperti DEMENSIA, AMNESIA dan ALZHEIMER. Juga digunakan dalam rawatan untuk beberapa jenis penyakit kemurungan dan kebimbangan.

Untuk fungsi dan kesihatan HATI yang baik ~ Dengan melarutkan lemak ke dalam air, ini boleh membuatkan lemak tidak akan terkumpul di dalam hati. Ini seterusnya dapat menyahtoksid berbahaya dari hati. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit pundi hempedu dan penyakit hati.

Lecithin membantu memecahkan lemak dan kolesterol dan seterusnya memaksa lemak dan kolesterol ini bergerak melalui salur darah supaya ia tidak berkumpul di dalam arteri kerana apabila arteri tersumbat, ia boleh menyumbang kepadapenyakit JANTUNG dan hati.

Lecithin digunakan dalam merawat sakit KULIT seperti ekzema. Malah, ada juga individu yang menyapukan lecithin kepada kulit sebagai pelembap.



SAPE NAK RESHAPE PINGGANG ,PEHA DAN PIPI.....BOLE AMALKAN LECITHIN.

Cer tengok Lecithin pecah kan minyak..
pecah lemak! Elak kolestrol kumpul dlm salur darah. Jika anda makan makanan berlemak anda dapat perhatikan lemak2 akan keluar melalui najis! ia tak diserap..bahagian berlemak mudah susut seperti pinggang, peha, pipi...

Nanti jgn lah pulak saja2 gi belasah makan makanan berkolestrol berlemak je pastu telan lecithin....kalau boleh elakkan lah..
berpada2, amalkan pemakanan sihat, byk minum air kosong & jgn lupa sesekali bersenam..

Kata nak kurus secara sihat kannnnnn...



No comments:

Post a Comment